Klinik Kesihatan Durin merupakan sebuah klinik yang berada dibawah seliaan Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu.Ia terletak berhampiran dengan pinggir Sungai Batang Rajang.Jarak Klinik Kesihatan Durin dari Bandar Sibu pula lebih kurang 50 kilometer dari Bandar Sibu.Klinik ini boleh dihubungi melalui jalanraya dan jalan sungai, iaitu Sungai Batang Rajang.Dan ia hanya megambil masa selama 1 jam untuk sampai ke Bandar Sibu.
SEJARAH PENUBUHAN
Menurut beberapa sumber lisan yang diperolehi dari penduduk setempat ini yakni warga emas,Klinik ini telah ditubuhkan pada sekitar tahun 1970-an.Menurut sumber lagi,Klinik ini suatu ketika dahulu hanyalah sebuah kemudahan kesihatan yang hanya menyediakan perkhidmatan perbidanan kepada penduduk setempat.Ia dikendalikan oleh seorang bidan yang terlatih.Kemudian ia diterajui oleh seorang "Medical Auxillary" di bawah seliaan RASCOM dalam sekitar tahun 1977. Walau bagaimanapun,pada sekitar tahun 1980-an klinik ini telah diambil alih penyeliannya oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu,yang mana pada ketika itu barulah seorang Pembantu Perubatan ditempatkan beserta seorang Jururawat Masyarakat.
No comments:
Post a Comment